Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:28 PM
(Ubah saiz teks)
Majistret Solehah Noratikah Ismail mengenakan hukuman denda RM500 terhadap S. Mathekumar, 22, dan K. Ganasen, 44, atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Lima lagi tertuduh, V. Vicneswaran, 28, R. Shammugam, 65, serta tiga anaknya iaitu S. Yogeswaran, 34, Zaid Shammugam, 29, dan S. Loggarajan, 25, didenda RM450 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 9.30 malam, 11 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama.
Menurut fakta kes kesemua tertuduh bergaduh sambil tolak-menolak serta memaki hamun antara satu sama lain di perkarangan balai polis berkenaan.
Pengadu bersama sepasukan anggota polis menghampiri mereka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa, namun tidak dihiraukan oleh mereka.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada mereka.
Katanya, Mathekumar dan Ganasen mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing berkaitan kes dadah dan gaduh.
Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment