Wednesday 16 July 2014

Dua Lelaki Samun RM50,000


Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:58 PM
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Dua lelaki melarikan wang tunai RM50,000 milik seorang pengusaha syarikat perniagaan di depan rumahnya di Lorong Kubang Buaya di sini, Isnin.
Wanita berumur 37 tahun itu turut dipukul dan mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa baru keluar daripada keretanya apabila didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
"Kedua-duanya melarikan beg wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai RM50,000 dan beberapa dokumen penting," katanya.
Wang itu dikeluarkan di sebuah bank di sini.

No comments:

Post a Comment