Friday, 30 May 2014

Tian Chua, Dua Aktivis Pembangkang Sekali Lagi Gagal Batal Pertuduhan Menghasut


Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 9:51 PM
Tian Chua
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan dua aktivis pembangkang sekali lagi gagal membatalkan pertuduhan terhadap mereka yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah tahun lepas. 

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak permohonan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais.

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan Tian Chua sebelum ini dalam isu Lahad Datu yang memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 adalah berperlembagaan.

Permohonan Puncak Niaga Batal Keputusan LUAS Ditolak


Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 4:52 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan syarikat konsesi air Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) untuk membatalkan keputusan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang tidak memperbaharui Lesen-Lesen Abstraksi Sumber Air bagi syarikat itu. 

Ketika menolak permohonan PNSB selaku pemohon, Hakim Datuk Zaleha Yusof berkata mahkamah bersetuju dengan responden (LUAS dan kerajaan Selangor) bahawa ia merupakan suatu keputusan polisi yang dibuat oleh LUAS tanpa niat jahat dan tidak boleh dipersoalkan.

Beliau berkata keputusan LUAS dan kerajaan Selangor untuk tidak memperbaharui lesen abstraksi sumber air kepada Puncak Niaga bukan berniat jahat dan bukan sesuatu yang tidak munasabah.

Lelaki Tipu 30 Pembeli Rumah Kos Rendah


Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 7:21 PM
Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Malaysia T. Kamalanathan (tiga, kiri) bersama sebahagian pembeli menunjukkan salinan laporan polis kerana didakwa tertipu oleh seorang lelaki untuk mendapatkan rumah kos rendah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur pada Khamis.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis membuat laporan polis bersabit seorang lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai memperdayakan 30 individu di sekitar sini sejak Disember tahun lalu dengan menawarkan rumah kos rendah.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Malaysia, T. Kamalanathan berkata modus operandi suspek ialah berjanji untuk menawarkan rumah kos rendah berharga RM33,000 seunit dan meminta wang pendahuluan sebanyak RM5,000 daripada setiap mangsa.
"Lelaki ini mengenalkan dirinya sebagai orang tengah bagi mengendalikan urusan jual beli rumah, kononnya dengan mewakili pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perompak Curah Petrol, Larikan RM60,000 Di George Town


Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 9:59 PM
ACP Mior Faridalatrash
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Tiga perompak bertindak mencurah petrol dan mengugut mahu membakar sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM60,000.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dua daripada suspek yang bertopi kaledar dan memakai penutup muka serta cermin mata hitam, meluru masuk ke dalam premis itu pada 2.45 petang.

"Seorang lagi suspek menunggu di luar. Mereka membawa minyak petrol berkenaan yang diisi dalam tiga plastik dan satu bekas air mineral sebelum mencurahnya di lantai hadapan dan belakang kaunter juruwang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Thursday, 29 May 2014

Kalimah 'Allah': Keputusan Permohonan Gereja 23 Jun


Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 10:47 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya pada 23 Jun ini, sama ada membenarkan atau tidak, permohonan kebenaran merayu oleh Gereja Katolik terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Malaysia terbitannya. 

Peguam S.Selvarajah, yang mewakili gereja itu, ketika dihubungi Bernama berkata beliau menerima sepucuk surat daripada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar petang semalam untuk memaklumkan tentang penetapan tarikh pada 23 Jun itu.

Suspek Kes Tembak Di Lahad Datu Ditahan


Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 10:09 PM
Lokasi kejadian di mana seorang anggota komando mati ditembak, manakala dua orang awam cedera di Lahad Datu, pagi Rabu.
  (Ubah saiz teks)
LAHAD DATU: Anggota tentera yang didakwa melepaskan tembakan di luar sebuah kedai 24 jam dan membunuh seorang tentera serta mencederakan dua orang awam pada Rabu telah ditahan oleh pihak polis.

Suspek itu merupakan salah seorang daripada 11 anggota tentera yang ditahan pada tengahari berkaitan kes tembakan pagi Rabu.

Seramai 14 orang telah ditahan untuk disoal siasat.

Anggota tentera yang meninggal dunia di hospital Lahad Datu dalam kejadian awal pagi ini dikenal pasti sebagai Lans Korperal Mohd Fiffixezafey Mat Hussin, 28, akibat peluru yang mengenai bahagian dadanya.

Peperiksaan Kelayakan PJS 2014

Semua calon-calon Pesuruhjaya Sumpah,
diberitahu bahawa Peperiksaan Kelayakan
untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah akan
di adakan Pada 26 dan 27 Jun akan datang.
Semua calon-calon bersiap sedia dengan
persediaan 100 peratus jika ingin lulus
peperiksaan tersebut.  Tiada jalan mudah
untuk lulus selain dari kita membaca dan
membuat kajian dengan bersungguh-sungguh.

Wednesday, 28 May 2014

Komandor Maut Ditembak Dikenal Pasti, Berusia 28 Tahun


Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:23 AM
Lokasi kejadian di mana seorang anggota komando mati ditembak, manakala dua orang awam cedera di Lahad Datu, pagi Rabu.
  (Ubah saiz teks)
LAHAD DATU: Komandor tentera yang maut ditembak rakannya awal pagi Rabu di sini, sudah dikenal pasti dan pihak polis meminta penduduk kawasan berkenaan supaya bertenang. 

Anggota tentera terbabit yang berusia 28 tahun itu berasal dari Pasir Putih, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. 

Dalam kejadian pukul 4.45 pagi Rabu Rabu, seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak dalam satu insiden tembakan di sebuah kedai di pekan ini. 

Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam. 

Polis Buru Askar Tembak Rakan Di Lahad Datu


Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 10:21 AM
  (Ubah saiz teks)
LAHAD DATU: Polis melancarkan operasi memburu seorang askar yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di sebuah kedai di sini, awal pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka telah mengenal pasti suspek dan sedang mempergiatkan usaha memburu askar tersebut yang dipercayai menembak rakannya itu kira-kira pukul 4.45 pagi.

"Kami telah mengenal pasti suspek dan akan terus menahannya sebaik saja dia ditemui," kata Hamza ketika dihubungi.
Hamza berkata, dua orang awam yang cedera dalam insiden itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Mahkamah Tinggi Bebaskan Bekas CEO Sime Bank


Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 3:22 PM
Ismail (tengah) dan isteri, Rohani bersama Foong selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, Isnin.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: "Anda bebas sekarang dan tidak perlu lagi datang ke mahkamah," kata peguam Kitson Foong kepada anak guamnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan untuk mengetepikan rayuan Bank Negara.
Bank pusat itu mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Ismail daripada pertuduhan meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta semasa negara mengalami krisis kewangan terburuk pada 1997.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan permohonan itu selepas Foong memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara, selaku responden, gagal hadir di mahkamah sungguhpun selepas beberapa penangguhan rayuan dibenarkan mahkamah untuk memudahkan pihak pendakwaan.

21 Ditahan, 16 Kg Heroin Dirampas Dalam Serbuan Polis Di Johor


Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 9:54 PM
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU: Seramai 21 orang telah ditahan dalam beberapa serbuan polis yang turut berjaya merampas dadah bernilai lebih RM1.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek berumur antara 18 dan 50 tahun ditahan pada Isnin di beberapa buah rumah di Kangkar Pulai, Taman Pulai Perdana, Larkin dan Pasir Gudang tempat di mana dadah itu disimpan.

"Polis merampas sejumlah 16.7kg heroin, 525gm syabu dan 257 pil Ecstasy dan kereta," katanya kepada pemberita.

Mereka yang ditahan termasuk enam wanita dan dua warga Vietnam.

Noor Rashid berkata dua lelaki berusia berusia 25 dan 33 tahun, dipercayai menjadi ketua sindiket.

"Kejayaan ini dapat dilakukan melalui usaha bersama oleh polis Bukit Aman dan kontinjen Johor," kata beliau.

Kanak-Kanak Mati Didera: Pemandu Teksi, Isteri Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 7:24 PM
Jenazah Muhammad Akir dibawa salah seorang ahli keluarganya, manakala Rashidi (baju putih kiri) ketika di Unit Forensik HKL disini, Selasa.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu teksi dan isterinya berikutan kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun dipercayai akibat didera.
Kanak-kanak itu, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi adalah anak tiri pemandu teksi yang berusia 35 tahun itu.
Dalam kejadian Isnin itu, pemandu teksi itu membawa kanak-kanak malang itu ke hospital pada pukul 1 petang selepas isterinya yang berusia 31 tahun memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, Ampang kira-kira pukul 5.30 petang, Isnin.

'Bapa perlu pulangkan anak kepada ibu beragama Hindu'



Seorang saudara baru Islam perlu mengembalikan anak lelakinya berumur enam tahun kepada ibu kanak-kanak itu yang beragama Hindu, selepas dia mengambil budak lelaki itu daripada jagaan wanita itu.
  
Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan N. Viran, yang nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberikan hak penjagaan dua anak berkenaan kepada ibu mereka S Deepa.
  
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara memutuskan mahkamah tidak menemukan sebarang keadaan khas dalam kes itu untuk membenarkan permohonan itu.

Tuesday, 27 May 2014

SUV Rempuh Anggota Polis Dibakar

SUV Rempuh Anggota Polis Dibakar

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 3:53 PM
Abdul Rahman melihat kenderaan yang merempuh sehingga mati seorang anggota polis di Alor Pongsu pada Isnin.
  (Ubah saiz teks)
KEPALA BATAS: Toyota Wish yang ditemui terbakar di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini petang semalam dipercayai dibakar bagi mengelak polis mengesan bukti yang terdapat pada kenderaan itu, kata polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kereta itu adalah sebuah daripada kenderaan yang terlibat dalam kejadian seorang anggota polis maut dirempuh di Batu 10 menghala Alor Pongsu dekat Parit Buntar, Perak pada Isnin.
"Berdasarkan pemeriksaan pasukan forensik polis, kereta itu memang kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu dan ia terbakar lebih 60 peratus terutama di bahagian dalam kenderaan pelbagai guna itu.
"Mereka dipercayai meninggalkan kereta itu di situ dan membakarnya sebelum melarikan diri dengan kenderaan lain," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Beliau berkata orang awam yang lalu di kawasan itu hanya menyedari kenderaan terbabit berada di situ selepas ternampak kepulan asap.

Anggota Polis Maut, Rakan Cedera Parah Dirempuh Penjenayah

Anggota Polis Maut, Rakan Cedera Parah Dirempuh Penjenayah

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 9:23 PM
Motosikal yang dinaiki anggota polis terbabas ke dalam parit.
  (Ubah saiz teks)
TELUK INTAN: Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) maut manakala rakan setugasnya cedera selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah di Batu 10, Parit Buntar menghala ke Alor Pongsu tengah hari Isnin.

Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, maut di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah. Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata Allahyarham MohdAzuan yang berasal dari Kulai, Johor akan melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini. 

Penghakiman kes sultanah Johor ditangguh




Mahkamah Rayuan Syariah Johor menangguhkan penyampaian penghakiman terhadap permohonan bekas sultanah Johor Tuanku Zanariah Tunku Ahmad untuk membatalkan perceraiannya dengan almarhum Sultan Mahmud Iskandar, yang dijadual semalam.

Mahkamah menangguhkannya keputusan itu ekoran kematian mengejut suami kepada peguam utama Tuanku Zanariah, Afshah Ariffin pada Jumaat.

Kamar Ainiah Kamarulzaman, peguam kepada bekas sultanah, memberitahuMalaysiakini, beliau tidak dibenarkan mendengar penghakiman itu.

Mahkamah tidak membenarkan kehadiran Kamar Ainiah, Tuanku Zanariah dan anak perempuan sejak rayuan itu bermula.

“Afshah masih terkejut dengan kematian mengejut suaminya dan saya memandu ke Johor Bahru untuk mendapatkan penghakiman.

“Tetapi mahkamah menolaknya dan hanya akan memberikan penghakiman itu pada 9 Jun,” kata Kamar Ainiah.

Tuanku Zanariah pada 19 Mei lalu mengemukakan tujuhalasan kepada Mahkamah Rayuan Syariah berhubung keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru sebelum ini yang mengesahkan penceraian kontroversinya dengan almarhum Tuanku Mahmud Iskandar.

Alasan-alasan itu dikemukakan oleh Afshah selepas Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan Majlis Agama Islam Johor menjadi pencelah dalam saman itu.

Dalam alasan yang dikemukakan itu, tujuh alasan diberikan sekitar kekhilafan hakim perbicaraan, antaranya dalam isu “fatwa” yang mengesahkan perceraian itu pada Ogos tahun lalu.

Monday, 26 May 2014

Penahanan Salah: Lima Peguam Menang Saman Terhadap Polis Dan Kerajaan


Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 9:47 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penahanan lima peguam lima tahun lepas oleh adalah salah dan tidak sah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara mengarahkan Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syuhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhalliwal diberi ganti rugi am RM15,000 serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM60,000 setiap seorang.

Beliau turut mengarahkan kesemua defendan membayar kos berjumlah RM60,000 kepada Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini manakala Ravinder sebanyak RM40,000.

Dalam penghakimannya, O'Hara berkata penahanan kelima-lima peguam terjumlah kepada penahanan salah dan menafikan hak perlembagaan mereka serta akses untuk diwakili peguam.
Beliau berkata mahkamah mendapati keterangan DSP Judy Blacious Pereira atau Jude kerap berubah.

Suri Rumah Didakwa Sokong Aktiviti Pengganas


Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 8:50 PM
Azizah Md Yusof didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dengan dua tuduhan menyokong aktiviti pengganas melalui laman Facebook.

Azizah Md Yusof,54, didakwa telah menggunakan akaun Facebook menggunakan namanya.

Wanita bertubuh kecil memakai tudung merah, baju berlengan tangan panjang dan berseluar jeans hanya mengangguk mengakui bahawa dia memahami pertuduhan apabila ia dibacakan kepadanya.

Tiada pengakuan direkodkan.

Azizah telah ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada 28 April.

Polis Tahan Tiga Militan LTTE


Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 12:18 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan tiga warga asing disyaki anggota kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka ditangkap dalam satu operasi khas oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas.
Beliau berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

Pelumba Moto3, Husni Aizat Maut Kemalangan


Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 5:23 PM
Husni Aizat Abdul Malik
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHARU: Pelumba motosikal Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik, 20, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah lori tiga tan di Kota Tinggi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata dalam insiden di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat pada 8.30 pagi itu, motosikal Husni terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori terbabit.

"Motosikal dinaiki Husni sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke arah Felda Air Tawar 1," kata ketika dihubungi.

Friday, 23 May 2014

Rompakan Bersenjata: Tiga Lelaki Dipenjara 18 Tahun


Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 8:04 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Tiga lelaki yang menjalani hukuman bagi kesalahan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dipenjara 18 tahun lagi selepas didapati bersalah merompak sebuah rumah di Cheras, Hulu Langat menggunakan senjata api, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Noor Azian Shaari turut memerintahkan Chung Cheng Seng, 47, dan Lai Kum Leng, 47, masing-masing disebat enam kali manakala seorang lagi tertuduh, Tan Mian Chee, 61, terselamat daripada hukuman itu atas faktor usia.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pelanduk Satu, Taman Suntex, Batu 9, Cheras pada kira-kira 7.15 pagi 16 Ogos 2009 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Padah Ugut Ibu, Anak Dipenjara 10 Bulan


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 6:59 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Gara-gara mengugut mahu mencederakan ibu dengan pahat, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Isa Mohamad memerintahkan Mohamad Syazwan Firdaus Zainuddin, 20, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditahan, 17 Mei lalu selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa mengancam hendak mendatangkan kecederaan terhadap Che Jah Idris, 51, dengan mata pahat di sebuah rumah di Jalan Tok Semian di sini pada 10.30 pagi, 17 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri manakala tertuduh diwakili peguam Faraazlina Zahari.

Lelaki Cuba Langgar Polis Cedera Ditembak


Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 10:23 AM
Gambar Hiasan.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ditembak di kaki apabila cuba melanggar anggota polis setelah enggan menghentikan keretanya apabila diminta berbuat demikian di Bandar Baru Sungai Buloh, dekat sini, malam Rabu.
Ketua Polis Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, suspek berumur 27 tahun itu juga cuba mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya menyebabkan polis bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek.

Polis Kenal Pasti Suspek Rompak ATM


Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 3:20 PM
Gambar Hiasan.
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sudah mengenal pasti seorang daripada empat suspek yang menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Raja, Besut, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata mereka juga dipercayai kumpulan sama yang melakukan jenayah serupa di Kelantan sebelum ini.
"Modus operandi yang diguna hampir sama selain jumlah suspek juga sama," katanya dalam sidang media, di sini, Khamis.

Wednesday, 21 May 2014

Mat Sabu, Tian Chua Bebas Tuduhan Sertai Perhimpuan Haram


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 6:54 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan 40 lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyertai perhimpunan haram sekitar pusat beli-belah Suria KLCC enam tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan serta wang jaminan dikembalikan," katanya.

Pencuci Kereta Didenda RM35,000 Miliki Beruang Matahari


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 10:00 AM
Beruang matahari yang diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan.
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja di pusat mencuci kereta didenda RM35,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki seekor beruang matahari.

Mohd Roshdam Bilal, 29, mengaku memiliki haiwan yang dilindungi sekitar tengahari pada 13 Mei di sebuah rumah kedai di Susur 4, Jalan Tun Razak, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 68(1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

RM300,000 Lesap, Dua Mesin ATM Dipecahkan Tiga Lelaki


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 4:04 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Kira-kira RM300,000 lesap apabila tiga lelaki memecahkan dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar dua tingkat di Setia Alam di sini awal pagi Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi dengan ketiga-tiga suspek dipercayai bersembunyi di kawasan medan selera di tingkat bawah sebelum pasar raya itu ditutup pada tengah malam.

Jurucakap polis berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar rayaitu menunjukkan suspek berlegar-legar di dalam bangunan pada pukul 4 pagi.