Monday 26 May 2014

Suri Rumah Didakwa Sokong Aktiviti Pengganas


Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 8:50 PM
Azizah Md Yusof didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dengan dua tuduhan menyokong aktiviti pengganas melalui laman Facebook.

Azizah Md Yusof,54, didakwa telah menggunakan akaun Facebook menggunakan namanya.

Wanita bertubuh kecil memakai tudung merah, baju berlengan tangan panjang dan berseluar jeans hanya mengangguk mengakui bahawa dia memahami pertuduhan apabila ia dibacakan kepadanya.

Tiada pengakuan direkodkan.

Azizah telah ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada 28 April.


Dia berdepan menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau sehingga 30 tahun penjara, denda atau rampasan mana-mana aset yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengganas jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad menggesa majistret untuk mempercepatkan prosiding untuk mendapatkan kes yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin kemudian menetapkan 30 Mei untuk sebutan kes.

Peguam K.C. Suzalena Salleh dan Nadzarih Wok Nordin dilantik menjadi penguam bela kes ini.

Selepas itu, Azizah dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga ketika dalam perjalanan ke lokap mahkamah

No comments:

Post a Comment