Tuesday, 27 May 2014

Penghakiman kes sultanah Johor ditangguh




Mahkamah Rayuan Syariah Johor menangguhkan penyampaian penghakiman terhadap permohonan bekas sultanah Johor Tuanku Zanariah Tunku Ahmad untuk membatalkan perceraiannya dengan almarhum Sultan Mahmud Iskandar, yang dijadual semalam.

Mahkamah menangguhkannya keputusan itu ekoran kematian mengejut suami kepada peguam utama Tuanku Zanariah, Afshah Ariffin pada Jumaat.

Kamar Ainiah Kamarulzaman, peguam kepada bekas sultanah, memberitahuMalaysiakini, beliau tidak dibenarkan mendengar penghakiman itu.

Mahkamah tidak membenarkan kehadiran Kamar Ainiah, Tuanku Zanariah dan anak perempuan sejak rayuan itu bermula.

“Afshah masih terkejut dengan kematian mengejut suaminya dan saya memandu ke Johor Bahru untuk mendapatkan penghakiman.

“Tetapi mahkamah menolaknya dan hanya akan memberikan penghakiman itu pada 9 Jun,” kata Kamar Ainiah.

Tuanku Zanariah pada 19 Mei lalu mengemukakan tujuhalasan kepada Mahkamah Rayuan Syariah berhubung keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru sebelum ini yang mengesahkan penceraian kontroversinya dengan almarhum Tuanku Mahmud Iskandar.

Alasan-alasan itu dikemukakan oleh Afshah selepas Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan Majlis Agama Islam Johor menjadi pencelah dalam saman itu.

Dalam alasan yang dikemukakan itu, tujuh alasan diberikan sekitar kekhilafan hakim perbicaraan, antaranya dalam isu “fatwa” yang mengesahkan perceraian itu pada Ogos tahun lalu.

No comments:

Post a Comment