Friday 21 February 2014

Ketua DAP Cawangan Kampung Jering Mati Ditembak

Polis forensik membuat pemeriksaan rapi di hadapan rumah bekas Pengerusi DAP Kampung Jering Wong Kong Ting, 56, yang juga seorang kontraktor tanaman semula sawit mati ditembak di rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar. - fotoBERNAMA
MANJUNG: Ketua DAP Cawangan Kampung Jering mati ditembak di rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar dekat sini.
Wong Kong Ting, 56, ditemui mati berlumuran darah di hadapan rumahnya oleh anggota keluarga selepas mendengar bunyi tembakan kira-kira pukul 10 malam Rabu.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Manjung namun disahkan mati kira-kira pukul 11 malam.
Difahamkan tiga das tembakan telah dilepaskan kearah mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian lengan dan dada.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya Wong ditembak oleh penembak yang menaiki motosikal.

No comments:

Post a Comment