Tuesday, 6 December 2016

'Seriuskah kerajaan membela Rohingya?'

Kesungguhan kerajaan Malaysia mendepani isu Rohingya dipertanyakan lagi apabila usul mengenai nasib etnik tertintas itu pernah gagal dibahaskan parlimen.
Ketua Pejabat Ketua Pembangkang Malaysia, Malek Hussin, hari ini berkata usul tergempar untuk membincangkan penindasan di Myanmar itu pernah dibawa Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kira-kira empat tahun lalu lagi.
Bagaimanapun usul berkenaan ditolak speaker Dewan Rakyat.
"Seawal Nov 2012 MP Lembah Pantai @n_izzah kemukakan usul tergempar isu Rohingya. Patutnya dibahaskan (di) parlimen dulu lagi. Kenapa ditolak?" katanya di Twitter hari ini.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama pemimpin kanan Umno menghadiri perhimpunan memprotes kekejaman Myanmar ke atas etnik Rohingya di negara itu.
Selain Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perhimpunan itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin utama parti berkenaan.
Menurut Najib pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi - yang pernah menerima Anugerah Keamanan Nobel pada 1991 - enggan bertemu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang ingin membincangkan isu Rohingya.

Naypyidaw pula hari ini menyatakan mereka bakal menghantar bantahan rasmi kepada Putrajaya berhubung insiden semalam.
Beberapa demonstrasi pula diadakan di Myanmar bagi mengecam Najib.
Dua langkah tanda serius
Pengkritik Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad pula mempertikaikan ketepatan langkah perdana menteri menyertai demonstrasi berkenaan.
Bagi Dr Mahathir, protes hanya wajar dilakukan pihak di luar kerajaan, manakala perdana menteri boleh bertindak mengikut saluran diplomatik antara kedua-dua negara.
Kata Malek keengganan parlimen menerima dan membahaskan usul tergempar dibawa Nurul Izzah tidak membayangkan kesungguhan kerajaan menangani isu Rohingya.
Malah katanya pada 22 November lalu ketika Dewan Rakyat bersidang usul tergempar berkaitan Rohingya turut dibawa Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah tetapi sekali lagi ditolak.
"Jika serius isu Rohingya, kenapa parlimen tolak usul mengenainya?" tanya Malek lagi.
Pada masa sama, menurutnya, beberapa resolusi sebelum ini juga tidak memberi kesan kepada Myamnar.
"Resolusi 418 Kongres Amerika Syarikat pada 7 Mei 2014 mengenai isu-isu Rohingya. Kerajaan Burma tak mempedulikannya.
"Resolusi-resolusi antarabangsa mengenai isu Rohingya. 

No comments:

Post a Comment