Monday 21 November 2016

3 MP, ADUN dan aktivis BERSIH ditahan reman 2 hari

Polis telah mendapat perintah tahanan reman selama dua hari untuk menahan empat anggota Parlimen dari pembangkang dan seorang aktivis semasa tindakan keras ke atas BERSIH 5.
Mereka ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishammuddin Rais, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee.
Chua dan Zuraida dari PKR manakala Loke dan Lee pula dari DAP.
Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Chua, Zuraida dan Hishammudin berkata, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 145 dan 511 Kanun Keseksaan.
Seksyen 147 berkaitan dengan rusuhan manakala Seksyen 511 pula memperuntukkan hukuman kerana cuba melakukan jenayah tersebut.
"Mereka akan ditahan dalam lokap di Jinjang. Mereka sangat bersemangat dan akan terus berjuang ke atas tangkapan dan tahanan yang tidak adil," katanya ketika dihubungi.

Lee pula disiasat di bawah sama seksyen yang sama manakala Loke disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana berucap pada Konvensyen Kebangsaan Pakatan Harapan minggu lepas, kata peguam Gobind Singh Deo.
Gobind berkata, Lee akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ketika Loke akan ditahan dalam lokap Balai Polis Seremban.

No comments:

Post a Comment