Monday 27 July 2015

'Saya baca The Edge dan ditegur'- MALAYSIAKINI



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang boleh beri penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam Kabinet.

Timbalan presiden Umno itu juga berkata beliau perlu mendapat maklumat daripada media termasuk akhbar minggu perniagaanThe Edge Financial Weekly yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

Malah, katanya, beliau bertanyakan kepada ahli ekonomi dan ahli parniagaan untuk memahaminya dan turut membaca The Edgeuntuk memahami isu itu.

"Saya ditegur dalam kabinet: 'Oh (maklumat) itu datang dari The Edge. Ia tidak benar'," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberitahu tentang apa perkara yang sebenarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan panjang lebarnya dalam majlis penutupan Mesyuarat Agung Umno  Cheras malam tadi.

Menurutnya lagi, kritikan beliau berhubung isu 1MDB bukan satu cubaan untuk mendapatkan kuasa tetapi satu usaha yang tulen untuk menyelesaikan masalah parti.

No comments:

Post a Comment