Bagi kebanyakan orang, ia mungkin sukar untuk mempercayai apabila polis mencatatkan "Najib Razak...we are coming to you(Najib Razak ... Kami datang kepadamu)" di akaun rasmi Facebook dan Twitter mereka.
Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah akaun Facebook pasukan polis telah digodam petang ini oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka AnonGHost.
Memandangkan akaun Facebook dan Twitter saling berkait, maka mana-mana posting dalam akaun Faceboook juga akan terpapar di akaun Twitter, termasuklah tulisan pada jam 3.07 petang ini.
Bagaimanapun, polis berjaya memulihkan keadaan kira-kira jam 4.45 petang ini.
Godaman itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terpalit dengan skandal 1MDB dan pasukan petugas khas melibatkan polis sedang menyiasat tuduhan sejumah RM2.6 bilion dana firma itu didakwa disalurkan ke akaun peribadi beliau.
Najib menafikan perkara itu dan menegaskan ia satu sabotaj politik dan beliau tidak mengambil duit rakyat untuk kepentingan politiknnya.
Sebelum itu, ditengah-tengah keriuhan isu pergaduhan di Plaza Low Yat, laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Semakan Malaysiakini mendapati muka depan laman sosial Facebook PDRM itu menunjukkan gambar seorang individu memegang bendera pengganas Islamic State dan tertulis "Khilafah Has Returned".
Beberapa posting yang dimuatnaik antara lain memuatkan gambar sekumpulan pengganas itu berbaris sambil mengangkat senjata dengan posting bertulis 'Viva Islamic State'.
Sementara itu, PDRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan memaklumkan laman Facebook mereka telah digodam.
"Dimaklumkan bahawa laman FB rasmi PDRM telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Sebarang maklumat yang dikeluarkan selepas ini TIDAK BENAR. Terima kasih," twitter itu dipetik.

No comments:
Post a Comment