Wednesday, 22 April 2015

'Saya tak akan campuri jika abang disiasat'



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar tidak akan campur tangan jika polis membuat siasatan terhadap abang beliau berhubung protes di luar gereja di Taman Medan, Petaling Jaya.

"Setiap laporan polis yang dibuat (berkaitan protes), akan kita siasat... Saya tidak risau kalau abang saya juga akan diambil tindakan.

"Saya tidak akan mencampuri siasatan polis

"Saya amat profesional, sentimen adik beradik tidak akan mempengaruhi (saya)," katanya kepada pemberita Bukit Aman hari ini.

Abang Khalid, Abdullah hadir dalam protes pada Ahad yang melibatkan seramai 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mendesak pihak gereja menurunkan salib.

Abdullah, yang juga pemimpin Umno cawangan, bagaimanapun menjelaskan kehadirannya sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

Sementara itu, Khalid turut menepis dakwaan bahawa beliau bersikap dwistandard dalam kes itu.

"Sejak bila mereka tidak kata saya mengamalkan double standard. Perkara ini berlaku sejak saya menjadi ketua polis Selangor.

"Double standard, double standard. Buktikan saya bersikap double standard," katanya.

Sementara itu, Abdullah memberitahu Malaysiakini kemudiannya bahawa adiknya itu menasihatkan beliau supaya tidak mengulas lanjut berhubung isu ini.

"Saya dinasihatkan oleh adik saya, dan ramai orang supaya tidak komen perkara ini lagi.

"Perkara ini dah terjadi. Saya tidak mahu keluar kenyataan yang bertentangan dengan pihak berkuasa," katanya.

No comments:

Post a Comment