Tuesday 17 March 2015

IGP mahu Pua jelaskan tweet 'royal my foot'



Polis akan memanggil Tony Pua untuk menjelaskan mengenai satu tulisan MP Petaling Jaya Utara itu di Twitter yang mengkritik pasukan berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukannya mahu mendapatkan penjelasan sekiranya kritikan berkenaan merujuk kepada Raja-Raja Melayu.

"Bastards. Real bastards. Royal my foot", tulis Pua dalam bahasa Inggeris dalam merujuk kepada penahanan Nurul Izzah Anwar.

Mengulas perkara itu, Khalid berkata, pasukannya akan memanggil setiausaha publisiti DAP itu untuk siasatan.

"Polis akan panggil YB ini (untuk) menjelaskan apa maksud beliau dengan 'Royal my foot'. Adakah ditujukan kepada Raja-Raja Melayu?,” kata Khalid di Twitter.

Tulisan Pua merujuk kepada penahanan Nurul Izzah mengikut Akta Hasutan, atas satu ucapan dalam persidangan Parlimen yang mengkritik badan kehakiman.

Pua kemudiannya menyunting semula tulisannya dengan membuang perkataan “royal my foot”, dan hanya menyebut 'bastards'.

No comments:

Post a Comment