Rumah Putih menyatakan kekesalan yang amat sangat dengan sabitan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berjanji akan terus mengetengahkan rasa tidak senangnya berhubung perkara itu.
“Kami sudah jelaskan perkara ini melalui kenyataan-kenyataan dan hubungan dengan kerajaan Malaysia, dan kami akan terus lakukannya,” menurut kenyataan rasmi Rumah Putih.
“Keputusan awal untuk mendakwa Anwar di mahkamah, keputusan merayu keputusan tidak bersalah dan pengubahan hukuman membangkitkan kebimbangan serius terhadap kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.”
Rumah Putih mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap satu petisyen dalam talian bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen tersebut berjaya mengumpul 100,000 tandatangan terkumpul dua hari lalu, sebelum tarikh tutupnya.
Petisyen tersebut diusahakan bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Mallot.
Ia dibuat untuk mendesak Amerika menjadikan pembebasan Anwar sebagai keutamaan dalam dasar luar Amerika terhadap Malaysia.
"Berdasarkan pengalaman saya selama bertahun-tahun dalam menafsirkan perkara-perkara tersirat, saya lihat Rumah Putih telah meningkatkan tahap maklum balas mereka dari 'C' kepada 'B'.
"Mereka kini lebih kritikal terhadap Najib berbanding sebelum ini. Kita akan terus mendesak untuk menjadikannya ke tahap 'A'," kata Mallot kepada Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment