KUALA LUMPUR: Seorang penagih dadah maut setelah dipukul orang ramai, termasuk dua ahli bina badan ketika cuba mencuri sebuah motosikal di Taman Desa Rejang, Setapak pada Isnin.
Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan cuba mencuri sebuah motosikal milik seorang ahli bina badan di perkarangan rumahnya.
Bagaimanapun, ketika sedang menghidupkan motosikal tersebut, perbuatannya itu disedari penghuni rumah yang kemudian berjaya menangkap dan membelasah suspek.
Selain penghuni rumah itu, orang ramai dikatakan turut membelasah suspek hingga mati.
Penagih dadah terbabit disahkan maut ditempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Difahamkan dua ahli bina badan terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment