Friday, 9 May 2014

Penculikan Sabah: Siasatan Tumpu Penglibatan 'Nama Besar'


Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 6:28 PM
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua, kiri) bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (kanan) dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (kiri) di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Khamis.
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Agensi perisikan Malaysia dan Filipina sedang mengenal pasti sama ada 'personaliti terkenal' berada di sebalik kes penculikan merentasi sempadan yang terbaru di Sabah.

"Kami sedang mengkaji semua kemungkinan," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di sini, Khamis.

Beliau ditanya sama ada pihak berkuasa percaya bahawa bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari berkemungkinan merupakan individu di belakang insiden terbabit sejak serangan tentara bersenjata Sulu di Lahad Datu tahun lepas.

Selain itu Zahid berkata Malaysia berkongsi maklumat dengan Filipina jika terdapat 'personaliti lain' di sebalik kejadian penculikan warga China dan Taiwan sejak enam bulan lalu.

"Kita sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan yang berkaitan untuk melihat semua kemungkinan termasuk personaliti terlibat dan semua hubungan terhadap tebusan," katanya.

Agensi perisikan percaya kemungkinan Nur Misuari terlibat dalam insiden penculikan di selatan Filipina.

Motif Nur Misuari mungkin tidak jelas namun banyak pihak berpendapat dia terdesak untuk mendapatkan wang tebusan.

No comments:

Post a Comment