Friday, 9 May 2014

23 Jun Dengar Permohonan Pendakwaan Kes Tuhan Harun


Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 4:55 PM
Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 48, (berkerusi roda) bersama lima pengikutnya dibawa meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuantan selepas mahkamah menangguhkan keputusan tarikh perbicaraan berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 23 Jun depan.
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi perbicaraan serentak kes bunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek yang membabitkan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat dan lima pengikutnya pada 23 Jun depan.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh itu selepas permohonan berkenaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh.

Harun, 48, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu Harun, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38; dan tiga lagi pengikutnya, Jefferi Safar, 37, Sumustapha Suradi, 39; Shamsinar Abdul Halim, 37, dan seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli pada 10 Nov tahun lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November 2013.

Sumustapha, Shamsinar dan seorang lagi yang masih bebas juga dituduh membunuh Ahmad Raffli pada tempat, tarikh dan masa yang sama.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

No comments:

Post a Comment