Salam Sahabat PJS, Hari ini adalah satu sejarah bagi blogspot ini dimana
telah mencecah 10,000 pageview setelah beberapa bulan blog ini
dilancarkan. Blog ini mempuanyi keistimewaanya sendiri dimana
pembacanya adalah terdiri dari sahabat-sahabat PJS dan orang-orang yang
sentiasa ingin megenali sesuatu yang baru dalam undang-undang.
Undang-undang negara ini sentiasa berkembang apabila ditokok tambah
mengikut perubahan masa dan keadaan dan mestilah diluluskan oleh
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Nasihat saya:
Kepada Sahabat-Sahabat yang akan menghadapi peperiksaan maka bersedialah dari sekarang, exam dijangkan pada bulan Julai atau Ogos ini. Persediaan mestilah mantap dan terbaik barulah kita boleh lulus cemerlang. Dalam peperiksaan PJS mestilah lulus cemerlang barulah anda dipanggil temuduga.
Bagi Sahabat yang telah ditemuduga, berdoalah semuga Allah SWT makbulkan segala usaha kita itu. Keputusan akan keluar tidak lama lagi. Jangan kita bersusah payah menelefon pejabat PJS menggangu tugas harian mereka. Ibarat durian yang telah masak akan gugurlah ia.
Bagi Sahabat-sahabat yang telah dilantik:
Patuhilah dengan betul Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah dan ragu-ragu bertanyalah kepada yang lebih senior atau mahkamah sendiri. Sekali ,Sijil Perlantikkan dibatalkan maknanya anda bukan seorang PJS selama-lamanya kerana anda tidak dibenarkan memohon sekali lagi.
Admin Remba@pjs
No comments:
Post a Comment