Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407328#hC2RRrdDA8SRXcEa.99 Harapan (HARAPAN) dijangka akan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menterinya yang rasmi pada konvensyen HARAPAN, Ahad ini.
Namun, Malaysiakini dimaklumkan tiada kesepakatan sama ada Dr Mahathir perlu dinamakan sebagai "perdana menteri sementara" atau tidak.
Seorang sumber PADA peringkat tinggi mendakwa pengumuman itu tidak akan diteruskan jika konsensus berhubung soal itu gagal dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN Khamis ini.
Menurut sumber, tiga atau empat parti komponen HARAPAN bimbang tindakan menamakan "perdana menteri sementara" tidak akan memberi kesan yang diharapkan mereka.
Misalnya, ia tidak akan menonjolkan HARAPAN sebagai gabungan yang mampu menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil jika menang pada pilihan raya umum (PRU) yang bakal menjelang.
"Kita tidak akan menonjolkan keyakinan awam jika menggunakan istilah itu, walaupun jika pemimpin HARAPAN menerima bahawa calon perdana menteri ini bersifat sementara.
Sumber berkata, PKR berpendirian frasa "perdana menteri sementara" patut digunakan.
Sementara itu, seorang lagi sumber berkata butiran berhubung pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri akan disemak semula dan diperkemas pada mesyuarat majlis presiden.
"Salah satu parti (komponen) masih memerlukan masa untuk memutuskannya," kata sumber yang enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada PKR.
Namun, beliau yakin parti tersebut akan menetapkan pendirian mereka sebelum mesyuarat Khamis ini, yang akan diadakan di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya.
image: https://i.malaysiakini.com/1101/561ec77a419d5bde91f341bfc4de0384.jpeg
Keadaan PKR dapat difahami memandangkan asas parti itu berakar daripada gerakan Reformasi yang menentang Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri, serta hakikat yang parti itu sentiasa menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.
Awal Disember lalu, pimpinan tertinggi HARAPAN setuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar dan presiden PKR, sebagai calon timbalan perdana menteri.
PKR bersetuju dengaan ketetapan itu tetapi meletakkan beberapa syarat, antaranya komitmen parti komponen yang kerajaan HARAPAN akan meneruskan usaha membebaskan Anwar dan melantiknya sebagai perdana menteri.
Difahamkan kepimpinan PKR kini berada di persimpangan jalan.
Sementara tindakan mencalonkan Mahathir adalah langkah strategik terutama untuk menarik undi Melayu, parti itu bagaimanapun berisiko kehilangan sokongan penyokongnya yang suatu ketika dulu melihat Mahathir sebagai musuh utama.
Walaupun agenda utama konvensyen adalah pengumuman calon dua jawatan tertinggi itu - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - sumber berkata perwakilan juga dibenarkan membahaskan soal dasar.
Seorang lagi sumber berkata agenda terperinci konvensyen yang bakal diadakan di Shah Alam akan ditetapkan majlis presiden.
Konvensyen itu merupakan peluang terakhir bagi perwakilan untuk berbahas dan mempersoalkan dasar gabungan itu sebelum pilihan raya umum ke-14.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407328#hC2RRrdDA8SRXcEa.99
No comments:
Post a Comment