Tuesday, 31 October 2017

Dr M: Bajet gula-gula supaya rakyat lupa skandal 1MDB

       
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa habuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Bajet 2018 bertujuan untuk rakyat melupakan skandal 1MDB.
"Ini memang pun tujuan dia supaya rakyat tumpu kepada gula-gula yang akan diberi dan mungkin lupa akan skandal 1MDB.
"Tapi ini adalah harapan yang tidak akan menjadi kenyataan kerana rakyat tidak boleh lupa skandal 1MDB dan lain-lain skandal melibatkan Datuk Seri Najib," kata Mahathir dalam mesej video yang muat naik oleh BERSATU.

Mahathir, mantan perdana menteri dan juga pengerusi BERSATU berkata memang menjadi kebiasaan untuk menggunakan bajet bagi mempengaruhi orang ramai menjelang pilihan raya umum.
Bagaimanapun, Mahathir menyifatkan Bajet 2018 sebagai belum pernah berlaku.
"Ini lah bajet yang dikemukakan dan ia luar biasa dari segi peruntukan keterlaluan yang mungkin negara tidak mempunyai wang yang cukup untuk biayai bajet yang dikemukakan," kata beliau.

Mahathir menyatakan keraguan terhadap Putrajaya bagi menunaikan janji-janji yang dibuatnya itu.
Beliau mendakwa kerajaan tidak akan mampu melaksanakannya selepas pilihan raya umum.
Jumaat lalu, Najib membentangkan bajet RM282.25 bilion, paling besar dalam sejarah negara dan bajet pertama yang mengembang selepas dua tahun berturut-turut belanjawan mengecut dibentangkan.



No comments:

Post a Comment