Lelaki itu yang sedang memeluk anjingnya diminta oleh seorang pegawai wanita di kaunter pertanyaan, membawa keluar haiwan berkenaan dari lobi mahkamah.
Lelaki itu yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan pegawai mahkamah itu kemudiannya keluar dari bangunan mahkamah dan mengunci tali anjingnya pada pokok bunga di hadapan pintu masuk mahkamah.
Kejadian pukul 3.30 petang itu turut menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di situ apabila anjing itu menyalak selepas tuannya masuk ke dalam bangunan mahkamah itu.
No comments:
Post a Comment