Saturday 9 July 2016

Penganalisis jangka lagi serangan IS di Malaysia

Penganalisis menjangkakan Malaysia akan berdepan dengan lebih banyak serangan daripada militan Negera Islam (IS) susulan pengesahan bahawa serangan pertama di sebuah kelab malam di Puchong bulan lalu berkaitan dengan kumpulan pengganas itu.
“Mengapa Malaysia adalah sasaran adalah kerana perjuangan atas sifat khusus dan minat Islamisasi di Malaysia," kata Meredith Weiss, profesor bersekutu, sains politik dengan The State University of New York di Albany, seperti yang dilaporkan olehForbes.
Menurut artikel itu, IS ‘tegar’ geram dan berang dengan pendekatan Islam yang sederhana di Malaysia dan juga pendirian keras kerajaan menentang kumpulan pengganas itu yang mahu menukar umat Islam menjadi lebih ‘alim’.

Katanya, IS juga melihat peluang untuk menjadikan golongan berpendapatan rendah yang tidak berpuas hati di Malaysia sebagai perancang serangan ataupun pengebom bunuh diri di negara ini pada masa hadapan.
Menurut Forbes, pemimpin dan pegawai Malaysia adalah antara yang paling lantang di dunia yang mentang IS dan menyokong usaha Amerika Syarikat untuk menekan mereka.
"Dari sudut pandangan dan ideologi IS, Malaysia secara semula jadi dilihat sebagai duri,” kata Phuong Nguyen, felo bersekutu di Program Asia Tenggara, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, sebuah badan pemikir Amerika Syarikat.
Katanya, IS membuat keputusan untuk menyerang Malaysia, Indonesia dan Thailand kerana penyokongnya di Asia Tenggara mengambil "isyarat" daripada saranan menjadikan golongan kafir sebagai sasaran pada bulan Ramadan, bulan yang paling suci bagi umat Islam.

Bagi pensyarah, kajian antarabangsa di Universiti Nanyang di Singapura, Oh Ei Sun, mereka yang menyokong IS di Malaysia mungkin termasuk golongan yang merasakan ‘dipinggirkan’ akibat kemiskinan.
Menurut statistik kerajaan pada tahun 2014, kira-kira satu peratus daripada rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan tegar.

No comments:

Post a Comment