Semua siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal 1MDB tidak lagi boleh dipercayai kerana rakyat tidak lagi percaya kepada mereka, walaupun jika hasil siasatannya mungkin benar, kata seorang pemimpin Pemuda BN.
Oleh itu, sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu, kata Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan, kepada Malaysiakini hari ini.
Secara umumnya, tegas beliau, rakyat Malaysia, terutama mereka yang berpendidikan dan tanpa kepentingan diri, tidak akan percaya laporan siasatan atau keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam, Peguam Negara ataupun polis - walaupun jika hasil penemuan siasatan adalah benar.
Oleh itu, tambahnya, satu-satunya penyelesaiannya ialah dengan menubuhkan sebuah RCI benar-benar bebas.

Yong (gambar) berkata, anggota RCI yang menyiasat 1MDB itu harus dari semua lapisan masyarakat termasuk golongan profesional, hakim, ahli perniagaan dan rakyat biasa.
Katanya, pemilihan yang adil dan telus boleh dibuat melalui sistem pemilihan juri di mahkamah atau mengundi dengan bilangan ahli Parlimen yang sama dari kedua-dua belah pihak politik.
Menurut Yong lagi kejujuran adalah dasar yang terbaik.
Semalam, SPRM mengumumkan yang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dan bukan dari akaun 1MDB.
Ekoran itu, pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka melalui Twitter, dan menjadikan hashtag #DearNajib salah satu topik utama trending semalam.

No comments:
Post a Comment