Seorang mekanik hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi
kesalahan mencuri wang berjumlah RM7,650 milik seorang mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, antara Mei dan Julai tahun lepas.
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, selepas tertuduh pada 28 April lepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap empat pertuduhan mencuri wang milik seorang mangsa pesawat
itu, warga China Tian Jun Wei.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun, pertuduhan kedua pula penjara dua tahun dan masing-masing penjara tiga tahun dan satu sebatan serta empat tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga dan keempat.
Bagaimanapun, Basheer hanya perlu menjalani hukuman penjara empat tahun selepas Hakim Norsharidah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak mulai hari ini.
Pada 20 Ogos tahun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraan bermula pada 16 April lalu dengan memanggil sebanyak empat saksi pihak pendakwaan.
Hakim Norsharidah berkata mahkamah mengambil kira kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi tertuduh sendiri dan mahkamah menyifatkan perbuatan tertuduh keji dan tidak berperikemanusiaan serta mencemarkan nama baik institusi perbankan.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei lepas dan 11.28 malam 29 Jun lepas.
Sementara itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap isteri tertuduh Nur Shila Kanan, 34, yang tidak hadir dan sepatutnya hari ini turut dijatuhkan hukuman bersama-sama suaminya.
Terdahulu, suaminya memberitahu isterinya mengalami cirit-birit dan menyerahkan sijil cuti sakit.
Namun mahkamah meragui kesahihan sijil cuti sakit itu kerana nama tertuduh (Nur Shila) tidak ditulis lengkap, berlaku pindaan tarikh sijil cuti sakit itu dan borang perakuan daripada hospital tidak dilampirkan.
Sehubungan itu, mahkamah menangguhkan kepada esok untuk menjatuhkan hukuman bagi membolehkan tertuduh hadir.
Nur Shila berdepan 12 pertuduhan iaitu memindahkan wang milik rakyat Malaysia, menggunakan dokumen palsu sebagai tulen dan menipu penyelia bank serta mencuri wang tersebut.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di bank HSBC tempat dia (Nur Shila) bekerja di cawangan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lepas.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud manakala pasangan itu tidak diwakili peguam.
-Bernama

No comments:
Post a Comment