Menceritakan pengalamannya ditahan semalaman, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap anggota polis atas alasan mereka hanya mengikuti arahan.
Bagaimanapun, Ambiga menuding kepada ketua-ketua mereka di Bukit Aman.
"Bagi saya, orang yang tidak berwajah dan tidak bernama ini yang memberikan arahan adalah pengecut sebenar. Tindakan mereka adalah berdasarkan agenda yang ditetapkan dan ini bukan kepolisan profesional.
"Anggota polis di bawah melayan kami dengan baik dan berterusan memberitahu kami bahawa mereka mengikuti arahan. Perselisihan saya bukan dengan mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Ambiga berkata walaupun diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada malam Jumaat lalu kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST, tetapi kenyataan beliau hanya dirakam beberapa jam kemudiannya.
"Apabila saya menerima panggilan pada malam itu, peguam saya dan saya bertanya kepada polis mengapa tidak boleh tunggu sehingga keesokannya.
"Tapi mereka bertegas supaya saya datang. Saya pergi ke sana kira-kira jam 9.30 malam, tetapi kenyataan saya hanya dirakamkan pada kira-kira jam 3 pagi," katanya.

No comments:
Post a Comment