Seorang penulis pro-Umno tampil menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat laporan polis berhubung dakwaan-dakwaannya terhadap pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Razak.
Shahbudin Husin, penulis empat buah buku anti-Najib, berkata Mahathir perlu membuat laporan polis bagi menunjukkan kesungguhannya.
“Sebagai bekas perdana menteri yang disanjung rakyat, tindakan dan keberanian Tun Mahathir sendiri membuat laporan polis akan menunjukkan kesungguhan dan ketulenan apa yang dilakukannya sekarang.
“Rakyat juga akan lebih meyakini, melalui kesanggupan Tun Mahathir membuat laporan polis itu, ia benar-benar bertunjangkan untuk menegakkan keadilan dan menyelamatkan negara.
“Sekaligus, beliau akan lebih disanjung rakyat,” tulis Shahbudin, bekas pemimpin Pemuda Umno Wangsa Maju, di blognya hari ini.
Dalam temubual eksklusifnya dengan Malaysiakini, Sirul Azhar Umat, yang disabit bersalah, berkata beliau hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas.
Iring ke balai
Mahathir pada 2 April berkata kenyataan Sirul harus disiasat kerana perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika dia dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.
Mahathir juga membangkitkan kenyataan Najib yang berkata Sirul “merepek” tetapi tiada siasatan dibuat.
Shahbudin berkata Mahathir sendiri mesti membuat laporan polis seperti tindakan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan (kanan) berkaitan isu 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).
Shahbudin juga berkata langkah itu perlu diambil kerana belum ada sesiapa lagi membuat laporan polis mengenai isu Altantuya selepas perkembangan terbaru apabila Sirul membuka mulut.
Shahbudin berkata, jika Mahathir sendiri tampil, pihak berkuasa tiada alasan lagi untuk berdolak-dalik untuk tidak membuka semula siasatan.
“Mungkin ribuan atau puluh ribuan rakyat juga sedia bersama-sama mengiringinya (Mahathir) dalam membuat laporan polis itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment