Laman Malaysiakini bertukar kepada hitam putih sepanjang hari ini sebagai tanda bantahan terhadap penahanan lima rakan daripada portal berita The Malaysian Insider.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran berkata tangkapan itu tidak wajar kerana polis boleh merakamkan kenyataan tanpa menafikan hak kebebasan individu.
“Nampaknya pihak berkuasa mengambil kesempatan terhadap keadaan ini untuk menghantar mesej kepada pengamal media untuk menakut-nakutkan mereka,” katanya.
Premesh juga berkata pengamal media harus menunjukkan bahawa mereka tidak bertolak ansur terhadap tindakan itu.
Pada Isnin, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyerbu pejabat TMI dan menahan tiga orang pengarang kanannya seharian.
Dua orang lagi ditahan pada hari berikutnya, juga semalaman.
Malaysiakini pernah menghitamputihkan laman webnya sebagai tanda protes, kali terakhir pada 2012, selepas pihak media menjadi mangsa serangan polis dalam perhimpunan BERSIH ketiga.

No comments:
Post a Comment