Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed menafikan cuba mempolitikkan isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, sebaliknya beliau hanya cuba bersuara untuk bekas pengawal peribadinya Sirul Azhar Umar.
“Dua orang ini dihukum bunuh. Kamu kena bantu mereka, selamatkan mereka. Sirul pernah jadi pengawal saya. Tak boleh ke saya tolong dia? Dia nak kena gantung.
"Saya dituduh mempolitikkan perkara ini (tetapi) ia bukan mengenai politik. Bila saya membangkitkan mengenai perkara ini, orang berkata saya bersama pembangkang, tapi isu ini melibatkan nyawa orang.
"Cuba andaikan kamu akan dihukum gantung untuk benda yang kamu tak buat dan tidak ada siapapun yang tolong... adakah kamu dapat bayangkan jadi seperti itu?” kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtube semalam.
Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.
Sirul bersama seorang lagi bekas pasukan polis elit Azilah Hadri berdepan hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006.
Sirul mendakwa bahawa beliau hanya bertindak mengikut arahan dan tidak mendedahkan identiti yang mengarahkannya. Najib menafikan mengenali Altantuya.

No comments:
Post a Comment