KUALA LUMPUR: Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan extremisme.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Abdul Rashid Daud.
Paul yang juga pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menerusi akaun Twitternya di twitter.com/ericpaulsen101 yang mengatakan "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit Bahagian Siasatan Jenayah D5, Bukit Aman di sini, kira-kira pukul 8 malam pada 10 Januari lalu.
Beliau kemudiannya mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Hakim Abdul Hasim kemudiannya menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 April ini.
Paulsen diwakili peguam Gobind Singh Deo.
No comments:
Post a Comment