Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 11:46 AM
(Ubah saiz teks)
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
"Di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong," katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti.
Di negeri bukan di bawah Pakatan Rakyat, cabang dalam kawasan pilihan raya yang dipegang oleh PKR masing-masing perlu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang penuh dengan penyokong.
"Bagi cabang yang tidak mempunyai wakil PKR, mereka disarankan masing-masing menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas yang penuh penyokong," katanya.
Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan liwatnya akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.
Rafizi juga menggesa cabang-cabang untuk berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
"Saya merayu kepada semua pemimpin cabang untuk menggerakkan ahli dan penyokong beramai-ramai ke Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada ketua kita," katanya.
No comments:
Post a Comment