Thursday 9 October 2014

Pergaduhan Kumpulan Gengster Punca Letupan Di Bukit Bintang - Polis


Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 10:34 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.

No comments:

Post a Comment