Tuesday, 7 October 2014

Kanak-Kanak Kritikal Terjatuh Dalam Kolam Renang


Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 10:49 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun didapati kritikal selepas terjatuh ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam di sini petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kanak-kanak tersebut yang sedang bermain bersama dua orang kakaknya yang berumur 11 dan 16 tahun dipercayai tergelincir ke dalam kolam renang itu. 
Difahamkan mangsa yang tidak pandai berenang ditemui hampir lemas sebelum diselamatkan anggota keluarganya.
Menurut saksi, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)selepas tidak sedarkan diri ketika ditarik keluar dari kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalthrash Wahid mengesahkan kes berkenaan.
Menurutnya mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

No comments:

Post a Comment