Tuesday 26 August 2014

Rangka Manusia Ditemui Dalam Tangki Kumbahan


Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 7:58 PM
Anggota forensik menjalankan siasatan penemuan rangka manusia lelaki dewasa yang ditemui didalam tangki kumbahan.
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Satu rangka manusia ditemui dalam tangki kumbahan sebuah rumah di Kampung Pintu Geng di sini, Isnin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rangka berkenaan ditemui pekerja sebuah syarikat pembersihan tangki septik pada 9.30 pagi  ketika melakukan kerja pembersihan.

"Siasatan awal mendapati rangka berkenaan dipercayai seorang lelaki dewasa,"katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya kes tersebut diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pekerja syarikat pembersihan itu Mohd Salimi Mohmed, 31,berkata dia dan rakannya mula melakukan kerja pembersihan tangki di rumah berkenaan pada Khamis lepas.

"Hari ini, kami teruskan kerja-kerja pembersihan kali kedua dalam tangki sedalam 4.2 meter dan menemukan rangka itu, saya kemudian maklumkan kepada majikan sebelum tuan rumah menelefon pihak polis," katanya.

No comments:

Post a Comment