Sunday 31 August 2014

Raifal, Peluru Dirampas Daripada Suspek Pengedar Dadah


Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 3:09 PM
Kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Polis berjaya merampas selaras raifal, beratus peluru dan lapan peket syabu daripada seorang suspek yang disyaki pengedar dadah di Kuala Muda pada Jumaat.

Suspek yang menaiki kereta Proton Wira akhirnya berjaya dihentikan oleh sebuah kereta peronda MPV polis di Jalan Hospital.

Difahamkan anggota polis yang mengejar kenderaan itu turut melepaskan tembakan kearah kereta suspek ketika lelaki itu cuba melarikan diri.

Dia akhirnya ditahan di luar Ibu Pejabat Daerah Kuala Muda kira-kira pukul 8 malam.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 8 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung insiden itu di ibu pejabat polis negeri ke kira-kira pukul 3 petang Sabtu.

No comments:

Post a Comment