Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 4:25 PM
(Ubah saiz teks)
GUA MUSANG: Seorang lelaki parah ditetak ketika dia sedang minum di kedai kopi di Kampung Lembaga di sini, Selasa.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.40 pagi apabila Fakhruzi Ibrahim, 30, ditetak sebanyak dua kali dengan golok pada kepalanya oleh seorang lelaki.
Beliau berkata, suspek berumur 27 tahun itu pada mulanya cuba memukul mangsa dengan kayu tetapi mangsa dapat mengelak dengan beberapa orang merampas kayu itu dan mententeramkan keadaan.
"Namun suspek yang tidak puas hati dengan keadaan itu terus mengeluarkan golok yang terselit di pinggangnya lalu menetak kepala mangsa. Orang ramai kemudiannya turut merampas golok itu," katanya.
Fakhruzi kemudiannya dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai.
Suspek dari Rancangan Pemulihan Tanah RPT Sungai Terah telah ditahan dan kini direman.

No comments:
Post a Comment