Monday, 5 May 2014

Guru, Isteri Rugi RM40,000, Disamun 3 Lelaki Bertopeng


Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 5:00 PM
Gambar Hiasan.
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Seorang guru kerugian lebih RM40,000 setelah disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pisau pemotong daging dan pemutar skru di rumahnya di Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Maran awal pagi, Isnin.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa 36, dan isterinya, 34, sedang nyenyak tidur bersama dua anak mereka berusia empat dan enam tahun di dalam sebuah bilik.


Beliau berkata, suspek yang dipercayai masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap dapur, bertindak mengacukan senjata tajam ke arah mangsa yang sedang tidur dan mengikat mereka dengan dawai pagar sebelum menggeledah rumah.

"Selepas kira-kira 40 minit berada di dalam rumah, suspek kemudiannya melarikan diri melalui pintu tengah rumah mangsa," katanya.

Sulaiman berkata, mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudiannya menghubungi polis.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian lebih RM40,000 membabitkan barangan kemas, wang tunai, dua buah komputer riba, dua buah telefon bimbit dan jam tangan, katanya.

No comments:

Post a Comment