Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 2:55 PM
(Ubah saiz teks)
KLANG: Seramai 26 dicekup dalam 'Ops Dadu' melibatkan perjudian sabung ayam dan bola golek di Bandar Putera 2, Klang, lewat Ahad malam.
Sumber berkata, semua yang ditahan membabitkan 11 lelaki tempatan bersama 14 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang berumur 20 hingga 60 tahun.
"Operasi itu turut merampas 10 ayam sabung bersama peralatan perjudian dan wang tunai sebanyak RM21,327," katanya.
Sumber itu berkata, mereka yang terlibat ini menjalankan aktiviti judi di tepi rumah kongsi tapak projek pembinaan perumahan.
Katanya, suspek akan disabitkan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka, Penganiayaan Terhadap Binatang dan Akta Imingresen.
Ops Dadu dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Pasukan Cantas Wanita Selangor membabitkan 26 orang anggota.
No comments:
Post a Comment