Tuesday 29 April 2014

Sembilan Individu Disyaki Militan Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 4:08 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Cawangan Khas (Bahagian Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti militan di negara ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya berkata, , kesemua mereka yang ditangkap di beberapa lokasi yang berasingan iaitu di Kedah dan Selangor, dalam lingkungan umur di antara 22 hingga 55 tahun.
"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan di luar negara.

"Mereka turut disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya.
Tambahnya, sebahagian daripada individu yang ditahan dikesan telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan, mengumpul dana dan latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.
Mereka ini ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah VIA kesalahan berkaitan dengan keganasan, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kesemuanya disiasat mengikut prosedur dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Akta 747).

No comments:

Post a Comment