Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 6:14 PM
(Ubah saiz teks)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penangkapan pegawai tentera yang berpangkat 'mejar' itu.
"Tan ada apa yang boleh kita lakukan. Dia perlu diadili oleh undang-undang negara itu di atas apa yang dilakukannya.
"Di pihak kami, kita juga ingin mengetahui mengapa dia mahu menyeludup masuk pistol itu ke sini," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Pegawai terbabit ditahan pada 16 April lalu, selepas sepasukan Agen Pentadbiran Keselamatan dan Pengangkutan Lapangan Terbang (TSA) dan Kastam, melakukan pemeriksaan pengimbas ke atas bagasi dan kotak dibawanya, sebelum mengesan objek mencurigakan.
Menurut laporan portal berita Big Country Homepage, selepas membuka beg pegawai itu, pasukan keselamatan menemui peti sejuk beku kecil yang di dalamnya pistol jenis Taurus PT-22 .22 Kaliber, dibalut dengan bungkusan plastik.
Turut ditemui satu megazine yang mengandungi lapan butir peluru .22 Kaliber, pencabut gabus, pembuka tin serta barring pistol berkenaan yang dipisahkan bagi mengelak dikesan semasa pemeriksaan di lapangan terbang.
Sebaik senjata api berkenaan ditemui, pasukan keselamatan kemudiannya memanggil keluar pegawai terbabit yang sudah pun berada di dalam pesawat sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapasti, pegawai itu yang menjalani kursus latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara AS Goodfellow, San Angelo, sejak 5 Januari lalu, mengaku membeli senjata daripada seorang pembekal ketika menghadiri pameran senjata api.
No comments:
Post a Comment