Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 10:35 PM
(Ubah saiz teks)
Kawan Ammar, John Webb berkata pada Khamis bahawa budak itu mempunyai sikap cepat marah dan selalu 'sangat sedih' sebelum dia menceritakan kejadian dipukul ketika berada rumah kepada kaunselornya.
Ibu bapa Ammar, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalluddin ditahan 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kepada kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul, seterusnya pihak sekolah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Webb,14, berkata dia dan beberapa rakan yang lain telah menyakinkan Ammar supaya bercakap dengan kaunselor selepas Ammar mendedahkan ibunya telah menarik telinga dan mencubitnya bagi tujuan disiplin.
"Saya tidak fikir ia tindakan betul, perlu ada disiplin tetapi tidak perlu memukul," jawab Webb, ketika ditanya apa yang difikirnya mengenai tindakan ibu bapa Ammar itu.
Webb berkata, Ammar telah memberitahu bahawa dia rindukan ibubapanya dan sedih berada dalam penjagaan keluarga angkat, walaupun dia juga tidak suka dipukul oleh ibu bapanya.
Seorang lagi kawan Ammar, Maxwell Shenk berkata sikap Ammar membuatkan kanak-kanak lain tidak menyukainya kerana membuatkan mereka tertekan.
Shenk,13, berkata terdapat perbezaan besar selepas Ammar berjumpa dengan kaunselor - dia lebih gembira dan rakan-rakan sekolah mahu bercakap banyak dengannya.
Keluarga angkat, Annelie Renman Amiljanic berkata kanak-kanak itu kelihatan tegang, terutamanya Ammar yang kelihatan tidak selesa apabila dia memanggil Ammar turun ke tingkat bawah atau mengangkat tangan, walaupun hanya untuk mencari sesuatu.
Dia juga berkata anak sulung, Aishah, akan panik apabila pulang ke rumah - menghantar empat atau lima SMS meminta maaf berkali-kali walaupun telah memberitahunya tidak perlu berbuat demikian.
"Kanak-kanak itu ada memberitahu bahawa mereka akan dimasukkan ke sekolah berasrama penuh jika mereka berkelakuan tidak baik apabila kembali ke Malaysia,"
kata Amiljanic .
kata Amiljanic .
Pada 10 Februari, Shalwati dan Azizul didakwa kerana kesalahan melanggar integriti kanak-kanak secara kasar dengan memukul dan mendera mereka.
Kesalahan-kesalahan yang didakwa berlaku di rumah keluarganya di Spanga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013 .
Perbicaraan bersambung pada Jumaat.
No comments:
Post a Comment