Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninggalkan perkarangan mahkamah selepas dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10 ribu setelah hakim membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di Putrajaya, Jumaat lalu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tuduhan liwatnya.
Beliau bersama peguam Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan jam 10.30 pagi Isnin.
Ramkarpal berkata Anwar akan berada di pejabat pendaftar mahkamah sebelum pukul 1 tengahari untuk menandatangani kertas ikat jamin beliau.
Pembantu Anwar Ibrahim Yaacob muncul sebagai penjamin datang pada pukul 10.30 pagi untuk proses pentadbiran.
No comments:
Post a Comment