Published: Sabtu Februari 15, 2014 MYT 8:12:00 PM
Updated: Sabtu Februari 15, 2014 MYT 8:43:04 PM
Updated: Sabtu Februari 15, 2014 MYT 8:43:04 PM
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata ketika kejadian pukul 5 petang itu, mangsa Teguh Prayttno, 35, yang berasal dari Indonesia bersama tiga lagi rakannya sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di auditorium di bahagian bawah bangunan tersebut.
"Pihak bomba yang melakukan kerja-kerja memadam kebakaran menemui satu mayat. Hasil siasatan awal mendapat mangsa mungkin maut akibat sesak nafas terhidu asap tebal kerana ketika ditemui mangsa hanya melecur.
"Bagaimanapun kita akan dapatkan pengesahan dari bedah siasat.
"Mangsa yang sedang melakukan kerja di bahagian siling dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri namun tiga lagi rakan mangsa yang melakukan kerja kimpalan bernasib baik sempat menyelamatkan diri," katanya di lokasi kejadian.
Setakat ini punca kematian diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata seramai 18 anggota dari balai Batu Lintang dan Padungan bersama dua jentera dan tiga anggota Unit Gerak Cepat terlibat "Hasil siasatan awal mendapati punca kebakaran mungkin akibat percikan api dari kerja-kerja kimpalan yang terkena bahan mudah terbakar mengakibatkan api merebak cepat serta tidak dapat dikawal," katanya.
Beliau berkata walaupun bangunan tersebut masih dalam pembinaan, namun sistem pencegahan kebakaran iaitu pancuran air telah berfungsi dan berjaya mengawal api dari merebak ke bangunan lain.
Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata seramai 151 pesakit dari 10 buah wad, empat wad dewasa serta enam wad pediatrik dipindahkan.
"Kita pindahkan pesakit ke kawasan lapang. Kira-kira pukul 5.55 petang tadi pihak bomba sudah memberi kebenaran untuk pesakit di bawa masuk semula ke wad masing-masing," katanya sambil menambah bangunan baharu tersebut sudah 85 peratus siap yang kerja-kerja pembinaannya sudah berjalan hampir dua tahun. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment