snin Februari 17, 2014
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar ganti rugi RM350,000 kepada naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kes saman fitnah berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan salah urus dalam syarikat Air Kelantan Sdn Bhd.
Hakim, Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NSTP membayar kos sebanyakRM10,000 kepada Husam.
Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Md Yunus Shariff yang mewakili Husam dan peguam Rishwant Singh yang mewakili NSTP.
Md Yunus memberitahu pemberita mahkamah turut memerintahkan syarikat itu membayar faedah lima peratus kepada Husam bermula dari tarikh saman itu difailkan.
Katanya, mahkamah juga membenarkan penangguhan sementara kepada NSTP untukmembayar ganti rugi tersebut sementara menunggu syarikat itu memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan pada atau sebelum 17 Mac ini.
Pada 12 April tahun lepas, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Husamselaku plaintif selepas beliau berjaya membuktikan tuntutannya.
Pada 31 Januari 2008, Husam memfailkan saman itu bagi menuntut ganti rugi RM6 juta terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga Mohd Adhan Kecik, Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan NSTP selepas dua wakil rakyat itu mendakwa Husam terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah jenayah dalam pentadbiran kerajaan negeri dan menggesa Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat.
Kenyataan memfitnah yang didakwa itu telah diterbitkan dalam New Straits Times dan Berita Harian pada 28 November, 2007.
Bagaimanapun pada 15 Oktober 2009, Husam menarik balik samannya terhadap MohdAdhan Dan Nozula selepas mereka membuat permohonan maaf secara terbuka pada awalJun 2009 di akhbar berbahasa Melayu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment