Published: Jumaat Januari 10, 2014 MYT 5:31:00 PM
Updated: Jumaat Januari 10, 2014 MYT 5:45:21 PM
Updated: Jumaat Januari 10, 2014 MYT 5:45:21 PM
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima yang lain dilepaskan tanpa dibebaskan berhubung penglibatan dalam Bersih 3.0.
Hakim mahkamah sesyen, Ahmad Bache, yang mendapati bahawa tuduhan itu adalah cacat, yang mengetepikan permohonan pihak pendakwaan untuk meneruskan perbicaraan.
Ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari untuk mengetepikan arahan Majistret Zaki Asyraf yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh tiga panel yang diketuai oleh Hakim Linton Albert yang mempersoalkan mengenai asas dakwaan terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam perhimpunan bersih, kerana dakwaan dibuat dalam arahan majistret.
Pada 22 Mei 2012, Anwar, 65, dituduh secara bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 49, dan Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham, 35, menyertai protes jalanan di lokasi itu pada 28 April tahun yang sama, yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.
Ketiga-tiga mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim dengan cara menghasut mereka untuk mengalih penghadang besi di Jalan Raja pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment