TAWAU: Polis Tawau menahan 129 individu termasuk 57 wanita atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu di Kampung SriAman, Batu 3, Jalan Apas di sini, awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata individu yang berusia 14 hingga 60 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan selain 18 lagi dirujuk ke Bahagian Narkotik.
"Operasi bermula pukul 5 pagi dan tamat pada pukul 8.40 pagi itu melibatkan polis, imigeresen dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)," katanya dalam satu kenyataan di sini.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment