Seorang lelaki yang ditahan sebelum ini mendakwa dia membeli pistol angin daripada Amerika Syarikat bagi tujuan uji kaji firma tempatnya bekerja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan siasatan dan keterangan daripada lelaki itu dan isterinya yang juga bekerja di firma yang sama, mereka membeli komponen berkenaan bukan untuk tujuan jenayah.
"Polis turut menggeladah rumah mereka dan tidak menemui sebarang barang berkaitan jenayah," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
Beberapa komponen pistol angin tersebut ditemui di dalam sebuah kotak yang diterima di Pejabat Pos Bagan Dalam dekat sini pada 23 Sept lepas.
Namun pada bungkusan itu dicatat perkataan 'dictionary' (kamus).
Susulan itu seorang lelaki berusia 30-an ditahan di rumahnya di George Town.
Abdul Rahman berkata kertas siasatan mengenai kes itu telah siap dan dihantar ke Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata pasangan suami isteri itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.
- Bernama

Kepada sesiapa yang memeliki Senjataapi angin yang tidak sah, sila musnahkan segera, jika tidak suatu hari nanti anda akan tertangkap juga. Waktu itu menyesal tidak berguna lagi. Senjataapi angin sangat merbahaya kerana ia boleh membunuh. Telah ramai orang yang telah dituduh di mahkamah. Ramai orang memilikinya dengan membawa masuk dari Thailand.
ReplyDelete