PUTRAJAYA: Kumpulan penunjuk perasaan yang diketuai oleh Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkumpul di luar Istana Kehakiman ketika perbicaraan rayuan kerajaan dalam kes kalimah Allah bermula.
Mahkamah Rayuan mula mendengar hujah peguam masing-masing mengenai kes itu pada pukul 9.30 pagi Selasa.
Ramai pnunjuk perasaan termasuk ahli Perkasa dan ahli Perkid, memakai baju-T merah, yang tertulis: Allah Hanya Untuk Islam. Fight No Fear.
Mereka menyanyikan lagu-lagu agama dan mengibarkan sepanduk dengan slogan-slogan dan juga laungan 'hormat Islam' dan 'Takbir Allah'.
Naib Presiden Perkasa Zul Noordin dan calon BN Shah Alam yang tumpas, juga membuat penampilan, di mana beliau menggesa umat Islam untuk mempertahankan agama mereka.
Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Katolik, Herald.
Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dankalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
No comments:
Post a Comment