KUALA LUMPUR: Keluarga kepada suspek pencuri kereta A. Kugan pada Rabu menang dalam pertikaian sivil mereka terhadap polis dan kerajaan berhubung kematiannya dalam tahanan.
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan defendan membayar RM751,700 sebagai ganti rugi dan RM50,000 sebagai kos kepada keluarga Kugan.
Ibu Kugan, N.Indra pada 13 Januari tahun lalu telah memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta.
Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.
No comments:
Post a Comment