Thursday 11 April 2013

Persediaan : Peperiksaan Pesuruhjaya Sumpah


Selamat menghadapai Peperiksaan Pesuruhjaya Sumpah
Sesi 02/2013 (Dijangka Bulan Jun 2013)

Sahabat-Sahabat perlu bersedia dengan sepenuhnya terutama
perkara-perkara seperti di bawah:

(a)  Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993, sekiranya
boleh hafallah setiap kaedah-kaedah tersebut, sehingga terbawa-bawa
dalam mimpi dan tidur.

(b) Sistem Undang-Undang Malaysia, setakat baca KKPS sahaja
saya pasti anda tidak akan berjaya.  Maka, pastikan anda tahu setahunya
tentang Sistem Undang-Undang  negara ini, contoh siapakah Ketua Hakim
Negara, Apakah dia Waran Tangkap ? dsb.

(c) Pengetahuan Am juga penting diketahui kerana ia mengambarkan
pengalaman luas kita atau perihatin kita tentang negara ini. Contohnya,
pengetahuan kita tentang Jata Negara, Hari Malaysia dsb.

Bagi saya sesiapa yang tidak bersedia pasti akan gagal dalam
peperiksaan ini...... bukan niat untuk menakut-nakutkan, cuma mencabar
Sahabat-sahabat semua.

1 comment:

  1. Perhatian:

    Dalam peperiksaan yang lepas sesi 01/2013, pihak mahkamah telah menjalankan peperiksaan dalam bentuk subjektif (Karangan, bukan objektif seperti sebelum ini)
    remba@pjs

    ReplyDelete