7.3.2013
Bermula 1 Mac lalu, bayaran pemfailan suratcara mahkamah sudah dinaikkan sebanyak seratus peratus. Contohnya Notis Rayuan keMahkamah Rayuan dikenakan sebanyak RM600, yang sebelumya RM300. Selain itu, Notis Rayuan (selepas perbicaraan) juga dikenakan sebanyak RM600, berbanding RM300 sebelum ini. Manakala, bagi bayaran pengeluaran geran (Kod 31 dan 32) telah dinaikkan kepada RM440, berbanding RM220. Dengan peningkatan kos bayaran itu, ramai pihak yang terkejut apabila diberitahu mengenainya ketika berurusan di mahkamah. Bagi Peguam-Peguam yang sentiasa berurusan dengan mahkamah, perkara tersebut memang telah sedia maklum berdasarkan berkuatkuasanya Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang lalu.
No comments:
Post a Comment