21.02.2013
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memustuskan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) tidak mempuanyi kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Hakim Datuk Zaleha Yusof turut membenarkan syarikat pengendali kamera (AES) Beta Tegap Sdn. Bhd memasang kamera AES di dua lebuhraya itu. Katanya, PLUS dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri.
Komen saya:
ReplyDelete1. Saya pasti kerajaan negeri Selangor akan membuat rayuan kes ini di Mahkamah Rayuan. Apakah hujahnya?. Kita ikuti perbicaraan seterus di mahkamah rayuan. Percayalah kes ini akan berkesudahan di Mahkamah Persekutuan.
2. Daripada keputusan tersebut maka adalah jelas bahawa apabila kamera AES hendak dipasang dijalan-jalan negeri mestilah mendapat kebenaran kerajaan negeri. Persoalanya ialah bolehkah syarikat AES itu mendapat kebenaran memasang dari 5 buah negeri kerajaan Pakatan Rakyat?.....
Pada pendapat saya:
ReplyDeletePeguam bagi MP Sepang sepatutnya membuktikan bahawa kamera yang dipasang tersebut (Bersebelahan Pam Shell) yang ada sekarang itu dipasang di atas jalan negeri. Kerana, jalan tersebut sebenarnya adalah jalan lama yang mungkin 15 tahun telah ada sebelum jalan NKVE dibina. Jalan NKVE dibina dalam ingatan saya pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada 2012. Dan dari pemerhatian saya sendiri yang memang penduduk berdekatan sahihlah kamera itu dipasang diluar Lebuhraya NKVE. Maka hujah tersebut disokong dengan bukti-bukti lain dan kemungkinan akan menang di mahkamah rayuan.